Tuesday, October 12, 2010

perlu ke?

entah. aku ade mase yang aku perlukan penjelasan dari apa-apa yang berlaku supaya aku tenang dan tidak berfikir secara dalam.

dan secare keseluruhannya, aku ada seorang kawan. kawan yang selalu berhubung denganku tidak kira siang malam dan pada waktu aku sedang tidur.

namun yang aku pelik sehingga sekarang, dia sudah punya kekasih hati, namun perlu ke buat ayat geli-geli dengan aku.

secara jujur dan waras, aku pun sudah ada seseorang dalam hati. aku sayangkan dia dan sampai bila-bila (insyaAllah) aku hanya sayangkan dia. tiada pengganti. kalau kau dulu pernah ada perasaan untukku, buangkannya. kau hanya membuang masa untuk menarik perhatian ataupun apa saja kau lakukan untuk aku memberi tindak balas yang membahagiakan buatmu. kau harus sedar, yang kau ada sekarang perlu di hargai. seperti juga aku. jangan harapkan balasan dariku. serius. kadang kala aku tertanya-tanya, apakah kau tidak menyayangi insan yang sekarang kau miliki.



sedarlah, dia akan tersangat kecewa kalau mengetahui apa yang telah kau lakukan dibelakangnya. walaupun kau cuma menganggap aku sebagai seorang kawan, namun caranya tidak kena. sebagai perempuan, aku sangat peka dengan perubahanmu. berubah sebelum terlambat. aku sangat menyayangi hishamku.





Saturday, October 9, 2010

kisah seorang isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Kasih Sayang

Hai.
sudah 3 stage aku lalui semalam, dan petangnya terus aku dapat keputusan. Aku sedikit kecewa kerana kemampuan aku tidak setanding yang lain. tiada rezeki mungkin. dalam hati, Tuhan lebih mengetahui. tapi dalam seminggu ni memang terasa kepenatan, tidur malam pun tak lena. bila kali ini aku merasakan rejection, ohh Tuhan, memang pedih untuk diterima. terpaksa melepaskan Schlumberger berlalu pergi.

bulan-bulan terakhir menjadi pelajar tahun akhir sangat stressful. serius aku katakan. semua orang pun akan melalui benda yang sama. kerja banyak yang terbengkalai. aku langsung tak susun satu apa pun untuk siapkan semua kerja. yang penting siap. sebab banyak la perkara penting selain assignment yang harus aku fikirkan.

semalam juga;
seperti biasa memang rutin untuk aku dan dia call. tapi malam tadi lambat dari biasa sebab aku ade tugas khas di luar. :)
dan perbualan semalam lebih menyentuh jiwa. pengalaman aku bercinta dengan yang sebelumnya berbeza dengan apa yang aku alami kali ni. Dia lebih memahami jiwa aku. Perbezaan umur yang ketara antara aku dan dia menyebabkan dia lebih memahami wanita dari yang lain. Walaupun dulu aku kenal dia, cara dia meluahkan kasih sayangnya sangat berbeza dan aku betul-betul merasainya. Kami jauh. Dia bekerja dan aku masih belajar. Perancangan kami untuk bersama pada tahun depan. Aku harap ibu bapa aku menerimanya. Susah untuk aku nyatakan, aku tahu kami akan bersama sampai bila-bila..

Dan disebabkan itu mungkin Tuhan tidak izinkan aku lepas stage 3 interview tersebut. kalau tak, aku terpaksa bekerja di luar negara selama beberapa tahun dan berjauhan lagi dengannya. kalau dia dah 33, bila kami dapat berkahwin?

Tuesday, October 5, 2010

pertama sekali

aku terasa nervous. sudah kembali kesakitan sementara itu dalam diriku dan aku rasakan toilet adalah perkara wajib untuk dilawati untuk malam ini. Ya Tuhan Permudahkanlah segalanya bagiku untuk esok hari!.

Monday, October 4, 2010

tarian pena

malam ini,tarian pena seakan-akan kuyu memberikan titisan segar setiap kata tentang kehidupan tatkala ini. namun syukur, dua peristiwa yang memberikan aku sinar bahawa setiap dugaan pasti ada kebahagiaan yang menjelma. interview untuk hari rabu dari dua company besar semestinya yang aku nantikan. Baker Hughes & Schlumberger. 


perkara pokok yang terselindung untuk keputusan penting yang bakal dibuat adalah mengenai kehidupan akan datang;

1. sekiranya aku diterima bekerja di salah satu syarikat yang aku nyatakan, bagaimana polisi yang harus aku ikuti;
2. apakah aku terpaksa berjauhan dengan yang tersayang dan mengubah sedikit sebanyak rancangan kami bersama?
persoalannya; apa pula pandangan kedua ibu bapaku.

pening memikirkannya, aku biarkan segalanya tergendala. interview pun belum lagi aku tempuh. cuma mengharapkan keredhaanNya, Tuhan lebih Mengetahui. Berserah.

Sunday, October 3, 2010

keduanya.

aku terasa jugak akhirnya. aku tak mampu menahan rasa kecewa yang terpendam selama ini. aku yang terasa sejak dari awal lagi sudah menjangkakan bahawa ini kesudahannya. 

Pertama;
aku kecewa dengan teman baik yang tidak memahami situasi. seperti contoh, kau meminjam kereta dari kawan baikmu untuk mengambil rakan dan buat tak tahu dengan minyak yang digunakan. fine,sebenarnya kenapa aku tidak menolongmu untuk mengambil rakan kerana kau tidak meminta izin terlebih dahulu dari aku untuk meminjam kereta dan kau bersetuju sahaja dengan kawanmu itu bahawa kamu akan mengambil dia pada malam yang dijanjikan. dan di sini, kereta yang digunakan adalah kereta aku, dan aku yang bakal memandu. secara logik dan warasnya, di mana hak aku? kau membuat keputusan seolah-olah kau berhak di atas semua ini. dan aku tersangat kecewa.

kemudian, setelah balik, kau langsung tak ambil kisah dengan minyak. setelah diberitahu oleh rumet aku baru kau tersedar akan kesilapan itu. aku bukan bencikan kau, tapi cara kau yang tak kene. cuba kau duduk di tempat aku, aku yang membayar minyak itu dan kadang kala aku tidak meminta lebih dari kalian. hati yang terasa ni banyak aku pendam dari aku luah. jadi, cuba fahamkan situasi kerana aku takut orang sekeliling akan turut terkena tempias yang sama.


Kedua;
ini berkaitan kawan baik aku sendiri. aku sudah jumpa penyelesaian. tapi aku yakin kawan baik aku akan pergi kepada lelaki terbabit yang di mana kalau aku terjumpa lelaki itu di hadapan aku, kau jangan fikirkan dia akan pulang in one piece ke tempat asal. kau rasa, apa perasaan aku tatkala terjumpa lelaki itu?


-______-



kedua-duanya menggusarkan dan membolak-balikkan jiwa kecil.

kesimpulan, aku sedih!

i love my God

aku tangiskan sesuatu dalam diam. aku khuartirkan sesuatu yang menghantui jiwa dan menusuk dalam fikiran.
kau tahu, aku ada teman lelaki yang sangat menyayangiku. memerlukanku setiap hari dan mengingatkanku bahawa aku adalah satu-satunya jiwa yang dikendong bersama. berkongsi hati dan perasaan. jiwa kami hampir sama. cuma yang terlalu ketara, umur dia dan aku.

aku mahu teruskan lagi tarian catatan ini, namun iramanya hampir terhenti. berhenti dalam melodi kesedihan. jiwaku kacau seketika. dalam perhubungan, pasti ada pasang surutnya. kau tidak boleh mengharapkan semuanya berada di atas tatkala sesuatu yang jatuh pasti berada di bawah. kau tidak boleh mengharapkan bahawa apa yang kau usahakan membuahkan seperti yang dihajati setiap masa. kau tidak boleh. kerana kita ada Tuhan. yang mendengar setiap keluhan dan luahan. Dia tahu apa yang terpendam, Dia arif tentang dirimu walaupun tidak diperlakukan. 


aku setiap masa mengingatinya, dan mengingatiMu. semoga ditunjukkan jalan kebenaran, dibukakan apa yang tersirat supaya senang diertikan oleh jiwa insan hina sepertiku. berikan perlindungan agar aku yang lemah berdaya menahan segala dugaan. Ya Rabbi, Kau Maha Mengasihi.

Saturday, October 2, 2010

akhirnya

hari ini aku lega, kau telah memilih yang sebaiknya.

perjalanan itu harus diteruskan, tidak pasti apa yang bakal berada di hadapan.

bukan tidak boleh memilih apa yang berada di kiri dan kananmu, namun setiap satunya ada baik dan buruknya. 
pertimbangkan dengan penuh kewarasan, biarkan akal yang menentukan.

kalau kasihkan hati, kadangkala boleh mati, dahulukan segalanya dengan pikiran yang tenang, nescaya hati akan bertambah suka. 

nasihat aku mungkin payah untuk diertikan, tapi kita sama-sama perempuan, jiwanya tetap halus.
aku ngerti kamu, dan kamu percaya pada diri.



tangisan malam rindu


kalau kasihkan dia, lepaskan sahaja.

aku lihat kau banyak menangis kerana seorang lelaki yang tidak tahu menghargai pengorbanan kau selama ini.
buat apa kau tangiskan lagi dan meratapi segala sengsara setiap masa sedangkan dia.... hanya bergelak tawa. bersuka ria dengan orang lain dan bersenang lenang di atas kesedihanmu.

aku jua perempuan, bersifat segalanya yang ada padamu. walaupun tidak sekuat jiwa yang merasa, namun aku paham situasi itu. kita lebih banyak mengalah dari melawan. membiarkan jiwa di sakiti; ianya bukan sekali dua.

aku sedar, aku bayangkan apa akan ada dalam kehidupanmu yang seterusnya. dan kerana aku teman yang sentiasa bermain di sisi, tatkala kau bersedih dan ketawa, aku lebih arif segalanya. walaupun beribu kali aku katakan yang terbaik agar kau tinggalkan dia, kau tetap berdegil. itu jiwamu. mungkin aku juga; barangkali. apabila berhadapan dengan situasi ini.


apa yang mampu aku lakukan?

hanya mendengar keluhan dan tangisan mu. meminjamkan telinga untuk sama-sama merasai kepedihan itu. namun di lubuk hati ini, kalaulah lelaki itu di hadapanku, sudah lama aku ranapkan jiwanya, aku mainkan perasaannya. biarkan dia rasa, dia bukanlah lelaki hebat yang dia fikir. izinkan aku suatu hari nanti untuk menghancurkan dirinya pula.



kawan-kawan sejantina

kalau perempuan sama perempuan tegur menegur atas kesalahan masing-masing, hal itu akan disimpan sampai bila-bila dan akan terasa sepanjang masa. walaupun kita tegur kerana kita sayangkan mereka, tapi hati yang mudah terasa menyebabkan perempuan lebih menjadi pendendam berbanding lelaki.


kadang-kadang aku tengok relax je lelaki-lelaki kamcing ni tegur kesilapan member mereka;

"Bai, kau agak-agak la jugak nak rembat kereta aku. dah guna pandai la isi minyak balik. dah tu ingat minyak tu macam air?"


cube kalau perempuan pula?




Friday, October 1, 2010

hati ini bersamaku.

kadang2 bila menjadi terlalu baik, kau akan dipijak.walaupun dr kawan baik, atau sesiapan yang kau berkongsi kasih.

kau rasakan kau mahu berikan yang terbaik, tetapi semanis madu akan menjadi sepahit hempedu untuk ditelan. kau kata, kalau telan mati emak, diluah mati bapak. tapi apakan daya, kau memilih untuk membisu.


bukan sekali dua aku begini. tapi berkali-kali. dikhianati, disakiti oleh kawan sendiri. istilah kawan baik tidak harus dianugerahkan kepada mereka-mereka yang menggelarkan aku kawan baik mereka. memilih berada di samping ku, dekat di hati ketika susah., dan apabila gembira, kau tidak mendengar riang tawa bersama mereka. itukah kawan baik?


aku kadang-kadang sedih dan keliru. aku benci. aku tak tahu ape yang perlu aku lakukan untuk menjaga hati sendiri? 


tangisan tidak mampu mengubah apa yang dipendam, 
cuma melegakan keadaan seketika. dan kemudian aku teringat kembali. 
pedihnya akan hilang dari hari ke hari.

aku tahankan jiwa., sabarkan hati kecil. di sini tempat aku pendamkan segalanya, kendongkan perasaan yang mampu ditahan lagi, 

wahai hati kecil, kau ada Tuhan bersama kamu. 
kau tahankan dirimu, kau kasihani aku. aku memerlukanmu untuk setiap satunya perbuatan di dunia. aku mulakan kerja dengan hati yang bersih, mengasihani dirimu dan menganggap kau akan bersamaku memberi segala kebahagiaan di bawah rahmat Tuhan. 

wahai hati kecil,
hidupku bukannya lama, hayatku bersamamu sampai jasad berpisah dari nyawa. andai kata kau tidak lagi ingin bersatu denganku, mindaku mati, hanya jasad menjadi pengemudi yang sepi. menjadi kuatlah kamu demiku. aku sayangkan hatiku, sayangkan diri, kerana satu-satunya aku yang bernyawa menjadi jasad untuk menjaga segalnya untuk kamu. aku sayang kamu, aku sayang segalanya. maafkan aku kalau kau selalu terluka...