lagi beberapa hari untuk final exam. dan ini adalah semester akhir saya sebagai student degree di universiti. application untuk master dah dihantar, feedback dh received dan sekarang tunggu masa untk interview session.
Abah kata dia sangat berbangga dengan saya kerana dalam sejarah keluarga sebelah abah tiada lagi yang melanjutkan pengajian sehingga Master. jadi saya yang pertama, dan satu-satunya yang memperoleh ijazah kejuruteraan awam pada umur 21. tapi ini semua kerja Tuhan. rezeki saya mungkin. saya tidak sepandai mana, lebih ramai yang pandai dari saya, ini semua berkat doa ibu bapa sehingga saya jadi begini. terima kasih mak, abah.
saya dah mula belajar. hari ini ada presentation, dah prepare. cuma biasa la, kadang2 mesti terlupa sebab nerve raking. untuk master pula, saya dah prepare dengan tajuk structural element design untuk bangunan 3D subject to wind & seismic loading. supervisor aku seorang yang sangat berpengalaman dalam industri dan kepakaran beliau sangat hebat dalam offshore dan structural design. pernah bekerja dengan US army untuk research aerodynamic of a bullet, sudah cukup membuatkan aku kagum dengan profession beliau sebelum ini. cuma, as a student, everything to be in professional manner.
thats all!
Wednesday, November 3, 2010
Ya Rabbi
seriously speaking, even sometimes, saya slalu pikir saya x layak untuk meminta itu dan ini dari Allah, Tuhan yang Maha Esa. meminta perkara kebaikan sahaja dan dalam pada masa yang sama melakukan banyak dosa.
kami,
untuk semua yang bercinta, kadang2 tersasar dari landasan. bercinta itu suatu perkara biasa, menyayangi seseorang lebih dari diri sendiri. Tuhan, sesungguhnya, aku hamba hinamu yang lemah. aku cuba perbaiki diri memohon keredhaanMu dan agar kau merestui perhubungan kami. merancang untuk membina rumah tangga agar segalanya halal disisimu dan diberi ganjaran pahala setiap satunya.
berkatilah hubungan ini, berikanlah kebahagian dan kekalkanlah ia seperti mana yang ada sekarang sehingga kami disatukan. permudahkan urusan kami, berikanlah kekuatan untuk kami mengharunginya. berikan petunjuk kepada ibu bapaku agar mereka mengerti tentang apa yang kami rasai..
Tuhan, ini adalah satu kebaikan dari berjuta kebaikan yang ada dalam dunia, menghalalkan yang haram setelah ijab kabul, dan aku mengharapkan kesempurnaan dalam pernikahan ini. kau perkenankanlah permintaanku. Amin..

Monday, November 1, 2010
percubaan
percubaan yang berkali-kali. tapi masih dalam tempoh percubaan. tempoh menguji kesabaran dan kesetiaan. beberapa hari lepas aku mengunjunginya, kerana sudah sebulan kami tidak berjumpa. aku kuatkan hati untuk berjumpa kerana aku tahu, setiap perjumpaan pasti ade perpisahan. cuma seketika, pulang ke tempat asal aku, di sini. berkira dalam hati, walaupun cuma 4 hari, tetapi aku cuba buat yang terbaik, menggembirakan kedua kami.
ya, semestinya aku yang paling gembira. dia pun turut serta. namun, aku pelik mengapa aku perlu berasa sangat cemburu dan cuba mencari kesalahan yang di lakukan walaupun pada dasarnya, dia telah menunjukkan kesetiaan kepadaku. aku cuba mencari bukti baru untk aku puaskan hati bahawa dia berlaku curang di belakangku? mengapa perlu aku rasakan sebegitu?
acap kali dia menegur lembut kepadaku agar tidak cemburu keterlaluan kerana ini mampu merosakkan hubungan kami. ya, aku sedar. aku cuma tiada pilihan lain. apabila sedetik hati terasa, aku akan terus bertanya, itu dan ini. aku tidak mahu menyimpan perasaan itu sehingga aku merana. jadi, persoalan itu harus di jawap. dan bila ini terjadi, seolah-olah mencetuskan situasi tidak percaya kepadanya.aku tidak mahu dia mengatakan bahawa aku tidak langsung mempercayainya...
Tuhan, berikanlah kesempatan kepada kami untuk bersama selama-lamanya sehingga ke akhirat kelak. berikan kami kebahagiaan yang dicari bagi setiap pasangan yang berkasih. kau teguhkan hatiku dan dia, kuatkan iman kami, sesungguhnya, kami insan yang sentiasa dalam kealpaan.
"pernah suatu ketika, keadaan menjadi huru hara bagiku, apabila dia terlupa memberitahu dia sudah pulang ke kampung, dan sms ku tidak berbalas, panggilan tidak dijawap. dan ketika itu, aku sesak nafas, dadaku lemah. tidak langsung dapat aku bayangkan kalau dia pergi dariku.."
Tuhan, perkenankan doaku setiap kali aku bersujud kepadaMu..
Tuesday, October 12, 2010
perlu ke?
entah. aku ade mase yang aku perlukan penjelasan dari apa-apa yang berlaku supaya aku tenang dan tidak berfikir secara dalam.
dan secare keseluruhannya, aku ada seorang kawan. kawan yang selalu berhubung denganku tidak kira siang malam dan pada waktu aku sedang tidur.
namun yang aku pelik sehingga sekarang, dia sudah punya kekasih hati, namun perlu ke buat ayat geli-geli dengan aku.
secara jujur dan waras, aku pun sudah ada seseorang dalam hati. aku sayangkan dia dan sampai bila-bila (insyaAllah) aku hanya sayangkan dia. tiada pengganti. kalau kau dulu pernah ada perasaan untukku, buangkannya. kau hanya membuang masa untuk menarik perhatian ataupun apa saja kau lakukan untuk aku memberi tindak balas yang membahagiakan buatmu. kau harus sedar, yang kau ada sekarang perlu di hargai. seperti juga aku. jangan harapkan balasan dariku. serius. kadang kala aku tertanya-tanya, apakah kau tidak menyayangi insan yang sekarang kau miliki.
sedarlah, dia akan tersangat kecewa kalau mengetahui apa yang telah kau lakukan dibelakangnya. walaupun kau cuma menganggap aku sebagai seorang kawan, namun caranya tidak kena. sebagai perempuan, aku sangat peka dengan perubahanmu. berubah sebelum terlambat. aku sangat menyayangi hishamku.
Saturday, October 9, 2010
kisah seorang isteri
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Kasih Sayang
Hai.
sudah 3 stage aku lalui semalam, dan petangnya terus aku dapat keputusan. Aku sedikit kecewa kerana kemampuan aku tidak setanding yang lain. tiada rezeki mungkin. dalam hati, Tuhan lebih mengetahui. tapi dalam seminggu ni memang terasa kepenatan, tidur malam pun tak lena. bila kali ini aku merasakan rejection, ohh Tuhan, memang pedih untuk diterima. terpaksa melepaskan Schlumberger berlalu pergi.
bulan-bulan terakhir menjadi pelajar tahun akhir sangat stressful. serius aku katakan. semua orang pun akan melalui benda yang sama. kerja banyak yang terbengkalai. aku langsung tak susun satu apa pun untuk siapkan semua kerja. yang penting siap. sebab banyak la perkara penting selain assignment yang harus aku fikirkan.
semalam juga;
seperti biasa memang rutin untuk aku dan dia call. tapi malam tadi lambat dari biasa sebab aku ade tugas khas di luar. :)
dan perbualan semalam lebih menyentuh jiwa. pengalaman aku bercinta dengan yang sebelumnya berbeza dengan apa yang aku alami kali ni. Dia lebih memahami jiwa aku. Perbezaan umur yang ketara antara aku dan dia menyebabkan dia lebih memahami wanita dari yang lain. Walaupun dulu aku kenal dia, cara dia meluahkan kasih sayangnya sangat berbeza dan aku betul-betul merasainya. Kami jauh. Dia bekerja dan aku masih belajar. Perancangan kami untuk bersama pada tahun depan. Aku harap ibu bapa aku menerimanya. Susah untuk aku nyatakan, aku tahu kami akan bersama sampai bila-bila..
Dan disebabkan itu mungkin Tuhan tidak izinkan aku lepas stage 3 interview tersebut. kalau tak, aku terpaksa bekerja di luar negara selama beberapa tahun dan berjauhan lagi dengannya. kalau dia dah 33, bila kami dapat berkahwin?

Tuesday, October 5, 2010
pertama sekali
aku terasa nervous. sudah kembali kesakitan sementara itu dalam diriku dan aku rasakan toilet adalah perkara wajib untuk dilawati untuk malam ini. Ya Tuhan Permudahkanlah segalanya bagiku untuk esok hari!.
Subscribe to:
Posts (Atom)