Monday, November 1, 2010

percubaan

percubaan yang berkali-kali. tapi masih dalam tempoh percubaan. tempoh menguji kesabaran dan kesetiaan. beberapa hari lepas aku mengunjunginya, kerana sudah sebulan kami tidak berjumpa. aku kuatkan hati untuk berjumpa kerana aku tahu, setiap perjumpaan pasti ade perpisahan. cuma seketika, pulang ke tempat asal aku, di sini. berkira dalam hati, walaupun cuma 4 hari, tetapi aku cuba buat yang terbaik, menggembirakan kedua kami. 

ya, semestinya aku yang paling gembira. dia pun  turut serta. namun, aku pelik mengapa aku perlu berasa sangat cemburu dan cuba mencari kesalahan yang di lakukan walaupun pada dasarnya, dia telah menunjukkan kesetiaan kepadaku. aku cuba mencari bukti baru untk aku puaskan hati bahawa dia berlaku curang di belakangku? mengapa perlu aku rasakan sebegitu?

acap kali dia menegur lembut kepadaku agar tidak cemburu keterlaluan kerana ini  mampu merosakkan hubungan kami. ya, aku sedar. aku cuma tiada pilihan lain. apabila sedetik hati terasa, aku akan terus bertanya, itu dan ini. aku tidak mahu menyimpan perasaan itu sehingga aku merana. jadi, persoalan itu harus di jawap. dan bila ini terjadi, seolah-olah mencetuskan situasi tidak percaya kepadanya.aku tidak mahu dia mengatakan bahawa aku tidak langsung mempercayainya...

Tuhan, berikanlah kesempatan kepada kami untuk bersama selama-lamanya sehingga ke akhirat kelak. berikan kami kebahagiaan yang dicari bagi setiap pasangan yang berkasih. kau teguhkan hatiku dan dia, kuatkan iman kami, sesungguhnya, kami insan yang sentiasa dalam kealpaan.


"pernah suatu ketika, keadaan menjadi huru hara bagiku, apabila dia terlupa memberitahu dia sudah pulang ke kampung, dan sms ku tidak berbalas, panggilan tidak dijawap. dan ketika itu, aku sesak nafas, dadaku lemah. tidak langsung dapat aku bayangkan kalau dia pergi dariku.."


Tuhan, perkenankan doaku setiap kali aku bersujud kepadaMu..

1 comment:

  1. Jangan gentar dan mengaku kalah..
    teruskan..
    moga2 Tuhan aminkan bicara kamu yang ditabir melalui doa..

    ReplyDelete