Monday, November 1, 2010

percubaan

percubaan yang berkali-kali. tapi masih dalam tempoh percubaan. tempoh menguji kesabaran dan kesetiaan. beberapa hari lepas aku mengunjunginya, kerana sudah sebulan kami tidak berjumpa. aku kuatkan hati untuk berjumpa kerana aku tahu, setiap perjumpaan pasti ade perpisahan. cuma seketika, pulang ke tempat asal aku, di sini. berkira dalam hati, walaupun cuma 4 hari, tetapi aku cuba buat yang terbaik, menggembirakan kedua kami. 

ya, semestinya aku yang paling gembira. dia pun  turut serta. namun, aku pelik mengapa aku perlu berasa sangat cemburu dan cuba mencari kesalahan yang di lakukan walaupun pada dasarnya, dia telah menunjukkan kesetiaan kepadaku. aku cuba mencari bukti baru untk aku puaskan hati bahawa dia berlaku curang di belakangku? mengapa perlu aku rasakan sebegitu?

acap kali dia menegur lembut kepadaku agar tidak cemburu keterlaluan kerana ini  mampu merosakkan hubungan kami. ya, aku sedar. aku cuma tiada pilihan lain. apabila sedetik hati terasa, aku akan terus bertanya, itu dan ini. aku tidak mahu menyimpan perasaan itu sehingga aku merana. jadi, persoalan itu harus di jawap. dan bila ini terjadi, seolah-olah mencetuskan situasi tidak percaya kepadanya.aku tidak mahu dia mengatakan bahawa aku tidak langsung mempercayainya...

Tuhan, berikanlah kesempatan kepada kami untuk bersama selama-lamanya sehingga ke akhirat kelak. berikan kami kebahagiaan yang dicari bagi setiap pasangan yang berkasih. kau teguhkan hatiku dan dia, kuatkan iman kami, sesungguhnya, kami insan yang sentiasa dalam kealpaan.


"pernah suatu ketika, keadaan menjadi huru hara bagiku, apabila dia terlupa memberitahu dia sudah pulang ke kampung, dan sms ku tidak berbalas, panggilan tidak dijawap. dan ketika itu, aku sesak nafas, dadaku lemah. tidak langsung dapat aku bayangkan kalau dia pergi dariku.."


Tuhan, perkenankan doaku setiap kali aku bersujud kepadaMu..

Tuesday, October 12, 2010

perlu ke?

entah. aku ade mase yang aku perlukan penjelasan dari apa-apa yang berlaku supaya aku tenang dan tidak berfikir secara dalam.

dan secare keseluruhannya, aku ada seorang kawan. kawan yang selalu berhubung denganku tidak kira siang malam dan pada waktu aku sedang tidur.

namun yang aku pelik sehingga sekarang, dia sudah punya kekasih hati, namun perlu ke buat ayat geli-geli dengan aku.

secara jujur dan waras, aku pun sudah ada seseorang dalam hati. aku sayangkan dia dan sampai bila-bila (insyaAllah) aku hanya sayangkan dia. tiada pengganti. kalau kau dulu pernah ada perasaan untukku, buangkannya. kau hanya membuang masa untuk menarik perhatian ataupun apa saja kau lakukan untuk aku memberi tindak balas yang membahagiakan buatmu. kau harus sedar, yang kau ada sekarang perlu di hargai. seperti juga aku. jangan harapkan balasan dariku. serius. kadang kala aku tertanya-tanya, apakah kau tidak menyayangi insan yang sekarang kau miliki.



sedarlah, dia akan tersangat kecewa kalau mengetahui apa yang telah kau lakukan dibelakangnya. walaupun kau cuma menganggap aku sebagai seorang kawan, namun caranya tidak kena. sebagai perempuan, aku sangat peka dengan perubahanmu. berubah sebelum terlambat. aku sangat menyayangi hishamku.





Saturday, October 9, 2010

kisah seorang isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Kasih Sayang

Hai.
sudah 3 stage aku lalui semalam, dan petangnya terus aku dapat keputusan. Aku sedikit kecewa kerana kemampuan aku tidak setanding yang lain. tiada rezeki mungkin. dalam hati, Tuhan lebih mengetahui. tapi dalam seminggu ni memang terasa kepenatan, tidur malam pun tak lena. bila kali ini aku merasakan rejection, ohh Tuhan, memang pedih untuk diterima. terpaksa melepaskan Schlumberger berlalu pergi.

bulan-bulan terakhir menjadi pelajar tahun akhir sangat stressful. serius aku katakan. semua orang pun akan melalui benda yang sama. kerja banyak yang terbengkalai. aku langsung tak susun satu apa pun untuk siapkan semua kerja. yang penting siap. sebab banyak la perkara penting selain assignment yang harus aku fikirkan.

semalam juga;
seperti biasa memang rutin untuk aku dan dia call. tapi malam tadi lambat dari biasa sebab aku ade tugas khas di luar. :)
dan perbualan semalam lebih menyentuh jiwa. pengalaman aku bercinta dengan yang sebelumnya berbeza dengan apa yang aku alami kali ni. Dia lebih memahami jiwa aku. Perbezaan umur yang ketara antara aku dan dia menyebabkan dia lebih memahami wanita dari yang lain. Walaupun dulu aku kenal dia, cara dia meluahkan kasih sayangnya sangat berbeza dan aku betul-betul merasainya. Kami jauh. Dia bekerja dan aku masih belajar. Perancangan kami untuk bersama pada tahun depan. Aku harap ibu bapa aku menerimanya. Susah untuk aku nyatakan, aku tahu kami akan bersama sampai bila-bila..

Dan disebabkan itu mungkin Tuhan tidak izinkan aku lepas stage 3 interview tersebut. kalau tak, aku terpaksa bekerja di luar negara selama beberapa tahun dan berjauhan lagi dengannya. kalau dia dah 33, bila kami dapat berkahwin?

Tuesday, October 5, 2010

pertama sekali

aku terasa nervous. sudah kembali kesakitan sementara itu dalam diriku dan aku rasakan toilet adalah perkara wajib untuk dilawati untuk malam ini. Ya Tuhan Permudahkanlah segalanya bagiku untuk esok hari!.

Monday, October 4, 2010

tarian pena

malam ini,tarian pena seakan-akan kuyu memberikan titisan segar setiap kata tentang kehidupan tatkala ini. namun syukur, dua peristiwa yang memberikan aku sinar bahawa setiap dugaan pasti ada kebahagiaan yang menjelma. interview untuk hari rabu dari dua company besar semestinya yang aku nantikan. Baker Hughes & Schlumberger. 


perkara pokok yang terselindung untuk keputusan penting yang bakal dibuat adalah mengenai kehidupan akan datang;

1. sekiranya aku diterima bekerja di salah satu syarikat yang aku nyatakan, bagaimana polisi yang harus aku ikuti;
2. apakah aku terpaksa berjauhan dengan yang tersayang dan mengubah sedikit sebanyak rancangan kami bersama?
persoalannya; apa pula pandangan kedua ibu bapaku.

pening memikirkannya, aku biarkan segalanya tergendala. interview pun belum lagi aku tempuh. cuma mengharapkan keredhaanNya, Tuhan lebih Mengetahui. Berserah.

Sunday, October 3, 2010

keduanya.

aku terasa jugak akhirnya. aku tak mampu menahan rasa kecewa yang terpendam selama ini. aku yang terasa sejak dari awal lagi sudah menjangkakan bahawa ini kesudahannya. 

Pertama;
aku kecewa dengan teman baik yang tidak memahami situasi. seperti contoh, kau meminjam kereta dari kawan baikmu untuk mengambil rakan dan buat tak tahu dengan minyak yang digunakan. fine,sebenarnya kenapa aku tidak menolongmu untuk mengambil rakan kerana kau tidak meminta izin terlebih dahulu dari aku untuk meminjam kereta dan kau bersetuju sahaja dengan kawanmu itu bahawa kamu akan mengambil dia pada malam yang dijanjikan. dan di sini, kereta yang digunakan adalah kereta aku, dan aku yang bakal memandu. secara logik dan warasnya, di mana hak aku? kau membuat keputusan seolah-olah kau berhak di atas semua ini. dan aku tersangat kecewa.

kemudian, setelah balik, kau langsung tak ambil kisah dengan minyak. setelah diberitahu oleh rumet aku baru kau tersedar akan kesilapan itu. aku bukan bencikan kau, tapi cara kau yang tak kene. cuba kau duduk di tempat aku, aku yang membayar minyak itu dan kadang kala aku tidak meminta lebih dari kalian. hati yang terasa ni banyak aku pendam dari aku luah. jadi, cuba fahamkan situasi kerana aku takut orang sekeliling akan turut terkena tempias yang sama.


Kedua;
ini berkaitan kawan baik aku sendiri. aku sudah jumpa penyelesaian. tapi aku yakin kawan baik aku akan pergi kepada lelaki terbabit yang di mana kalau aku terjumpa lelaki itu di hadapan aku, kau jangan fikirkan dia akan pulang in one piece ke tempat asal. kau rasa, apa perasaan aku tatkala terjumpa lelaki itu?


-______-



kedua-duanya menggusarkan dan membolak-balikkan jiwa kecil.

kesimpulan, aku sedih!